| Rindu Seorang Insan Malam yang syahdu diselubungi sepi Bagai seorang insan dalam kerinduan Malam yang sepi Sesepi jiwa yang terbiar Sesekali angin rindu Menyapa kamar hatinya Yang Gersang Wahai insan Simpanlah rindumu Untuk hari muka Yang sempurna |
Keakraban Kelmarin Di bawah lindungan pokok mangga ini Kita mengumpul buah-buah masak Kenangan yang menguning Yang kita kutip Tanpa penat dan jiwamu Cuma tersenyum dan tawa bahagia Hari ini kita terpisah jauh Antara dua benua rasa Antara selautan resah Kesepian yang sering menjamah Dan rindu kian meluru Persis buah mangga itu Gugurnya dibawa angin keangkuhan Keakraban ini tidak lagi seindah mana Dan mangga itu tidak lagi Berbuah seperti dulu |
| Barangkali Barangkali Engkaulah yang datang ketika malamku kesepian Terdengar kidungmu di celah-celah deru angin Bersenandung perlahan bergitu mendayu Membelai jiwaku yang kelesuan Barangkali Engkaulah yang datang ketika malamku kegelapan Bersama dian kau terangi kamar hatiku yang hitam Kini putih bersama cahaya yang kau titipkan Barangkali Engkaulah yang datang ketika malamku kedinginan Kau tebarkan selimut tebal ke seluruh tubuhku Ketika aku benar-benar dalam kesejukan Barangkali Engkaulah puteriku yang wujud daripada impian Hadir dalam nyata apabila hatiku bebas dari kurungan |
Harapanku Ketenangan itu Aku temui bila bersamamu Aku tenang setelah selama ini Terlalu banyak hadapi kedukaan Aku harapkan Kita takkan berputus kasih Kehilangan sayang Kedahagaan rindu Dan semestinya Persahabatan kita akan berkekalan Harapanku Kau akan sentiasa bahagia Dan semoga kau akan sentiasa Di bawah lindungan Ilahi Jangan lupakan aku dan kenangan kita dan sedarilah... FOREVER MISSING YOU!! |
| Biar Aku Di Situ Biarlah aku di situ Mencari ketenangan Setelah engkau menghadiahkan aku Satu Keresahan Biarlah aku di situ Melepaskan segala tekanan Setelah engkau membebankan aku Dengan pelbagai persoalan Biarlah aku di situ Mencari di mana silapku Hinggakan kau sanggup melukakan Aku yang tidak mengerti apa-apa Biarlah aku di situ Mencari insan lain Yang dapat aku iktirafkan Sebagai kawan, teman dan sahabat. |
Janji Dua Insan Kita akan selamanya bersama Adakah itu realiti? Ataupun hanya janji Yang tidak dapat kita penuhi Kita takkan berpisah Bolehkah aku percayai? Ataupun sekadar janji Yang hanya terukir di bibir Janji Dua Insan Yang Terukir selama ini Tidak memberi sebarang erti Kepada mereka yang berjanji Janji Dua Insan Yang tercoret selama ini Bukan untuk dipenuhi Tetapi sekadar untuk berjanji |
